PENAFIAN :

PENAFIAN : Pihak Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Tuesday, May 3, 2011

Nak Ke Tak nak

Guru-guru…

padamu tertulis sebuah amanah yang berbayar

Menjana waris zaman yang berwawasan

Yang mengakar dan merimbun

Ilmu dan amalnya

Tersenyum dirimu guru tika menutup mata

Bila tertunai segala yang dipikul

Anak-anak pewaris zaman

Padamu terlakar tamadun

Padamu tertanggung sebuah wawasan

Amanah bangsa yang berdaulat

Mengakar kukuh, merimbun teduh

Ilmumu tempat berguru, amalmu tempat bernaung

Hendak.. Dayanya beribu

Tanya hatimu nak atau tak nak

Mahu melompat samudera

Atau hanya memangku dagu

Mahu terbang melepasi angkasa

Atau hanya singgah di kedai kopi Cuma

Anak-anak yang dijana biar memikul wawasan

Mulanya padamu guru

Ajar tulis baca

Jangan biarkan anak-anak ini tanpa arah tuju

Siapakah kita tanpa mereka di dunia

Kita adalah peneroka

Hasilnya bukan esok, hari ini atau lusa

Hasilnya jauh dari mata

Mungkin kita tak bisa melihatnya

Tapi kita bisa merasai nikmatnya

Anak-anak didik memartabatkan bangsa

Di tanah pusaka tercinta.

SMR

No comments:

Post a Comment