PENAFIAN :

PENAFIAN : Pihak Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Tuesday, April 26, 2011

PERHIMPUNAN BULANAN PPD MARANG - APRIL




Selamat Datang dan Selamat Bertugas Guru Besar baru yang mengisi kekosongan SK Kelulut,Selamat Hari Lahir kepada GB yang lahir bulan April... Mr.Hatta,Mr.Sukri,Mr.Ismail,Mr.Lazim,Mr.Aziz.......

Monday, April 25, 2011

Who We are

Kita berlari ke kaki langit
mengejar hujung pelangi
yang tidak pernah kita temui
kata orang tua-tua di situ berkumpul emas suasa
tempayan permata, delima berharga

Kita terus berlari
sering kita hilang pedoman
lalu mencari punca
mana arahku
mana tujuku
pelangi terus berhelah
pelangi sentiasa mengelak

......... bersambung....

Wednesday, April 13, 2011

MESYUARAT AGUNG MGB DAERAH MARANG










13.04.2011-2.30ptg - Mesyuarat Agung MGB Daerah Marang Kali ke14 telah diadakan di Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu, majlis telah dirasmikan oleh Yg Berbahagia Tn. Hj. Nik Dir bin Wan Ku, Pegawai Pembangunan DUN Rhu Rendang.
Ahli MGB Marang sebulat suara bersetuju JK sedia ada yang diterajui oleh En. Razali bin Abdullah dikekalkan dan beberapa AJK baru dilantik menggantikan AJK yg bersara dan bertukar keluar daerah.

MAJLIS PERMUAFAKATAN PENINGKATAN UPSR 2011






12.04.2011-2.30ptg-Bilik Mesy Selayang PPD Marang - Majlis pemuafakatan peningkatan UPSR 2011 antara Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu bersama Guru Besar-Guru Besar Daerah Marang telah diadakan. dalam perjumpaan tersebut antara lain Pengarah mengharapkan semua guru besar dan guru-guru mempunyai sikap tak pernah puas hati dengan pencapaian dan sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian. Berusaha meneroka pendekatan baru dan mencari kelemahan dan kekuatan dalam merancang, guru besar-guru besar Marang hendaklah sentiasa bekerja sepasukan dalam memastikan peningkatan pencapaian daerah kerana kecemerlangan bukan ada penamat. Guru Besar hendaklah sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan, perbincangan dan sebagainya, kita hendaklah peka kepada perubahan pendidikan dan menanamkan budaya cemerlang dan sikap bertanggungjawab dalam diri.
Budaya ilmu, budaya kerja berprestasi tinggi, budaya inovasi dan budaya menepati masa hendaklah dikembangkan dan dihayati.

MAJLIS JASAMU DIKENANG





06.04.2011 -8.00mlm, Hotel Sri Malaysia Marang -Majlis Guru Besar Daerah Marang telah mengadakan majlis Jasamu dikenang sempena persaraan beberapa orang Guru Besar di Daerah Marang akhir tahun lepas dan awal tahun ini. Majlis turut dihadiri Tuan Timbalan PPD Marang, En. Aziz b. Ibrahim.