PENAFIAN :

PENAFIAN : Pihak Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

SELAYANG PANDANG

Tentang MGB

MGB (Majlis Guru Besar) adalah nama ringkas yang sangat popular di kalangan Guru Besar semasa bertugas. Ditubuhkan di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Diberitakan bahawa ianya sebuah pakatan semua pengurus sekolah bertujuan untuk membantu organisasi pendidikan, Kementerian Pelajaran Malaysia.

MGB akan melantik organisasinya melalui proses demokrasi seperti pertubuhan lain juga. Seperti biasa dan sedia maklum terdapat juga politiking dalam pemilihan dan organisasi kepimpinannya.  Guru Besar juga tidak terkecuali keghairahannya untuk memimpin organisasi. Secara sedar atau tidak, kita akan dapat melihat dan menyaksikan  beberapa pemimpin yang menonjolkan diri untuk meneraju kepimpinan MGB itu.

Tujuan MGB ini diwujudkan adalah bagi mencapai objektif-objektif berikut :

1. Menyatupadukan semua Guru-guru Besar Sekolah-Sekolah Rendah di Daerah Marang dalam majlis ini.
2. Menjalankan sebarang kegiatan berhubung dengan profesyen untuk faedah semua ahli.
3. Menjalankan usaha untuk meninggikan lagi hal-hal berkaitan dengan Pengelolan dan Pentadbiran Sekolah- Sekolah Rendah.
4. Bekerjasama dengan Jabtan-Jabatan di bawah Kementerian Pendidikan  dalam usaha untuk meningkatkan lagi taraf pengajaran dan pembelajaran di Sekolah-Sekolah Rendah.
5. Mengelola dan menganjurkan Kursus dan Seminar untuk guru-guru di Sekolah-Sekolah Rendah.

No comments:

Post a Comment