PENAFIAN :

PENAFIAN : Pihak Kami tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini

Wednesday, April 13, 2011

MAJLIS PERMUAFAKATAN PENINGKATAN UPSR 2011






12.04.2011-2.30ptg-Bilik Mesy Selayang PPD Marang - Majlis pemuafakatan peningkatan UPSR 2011 antara Pengarah Pelajaran Negeri Terengganu bersama Guru Besar-Guru Besar Daerah Marang telah diadakan. dalam perjumpaan tersebut antara lain Pengarah mengharapkan semua guru besar dan guru-guru mempunyai sikap tak pernah puas hati dengan pencapaian dan sentiasa berusaha meningkatkan pencapaian. Berusaha meneroka pendekatan baru dan mencari kelemahan dan kekuatan dalam merancang, guru besar-guru besar Marang hendaklah sentiasa bekerja sepasukan dalam memastikan peningkatan pencapaian daerah kerana kecemerlangan bukan ada penamat. Guru Besar hendaklah sentiasa mengembangkan pengetahuan dan kemahiran melalui pembacaan, perbincangan dan sebagainya, kita hendaklah peka kepada perubahan pendidikan dan menanamkan budaya cemerlang dan sikap bertanggungjawab dalam diri.
Budaya ilmu, budaya kerja berprestasi tinggi, budaya inovasi dan budaya menepati masa hendaklah dikembangkan dan dihayati.

No comments:

Post a Comment